Friday 11 September 2015

"Kalau Begini Soalan UPSR , Cikgu Sains Sendiri Pun Belum Tentu Dapat Jawab "



gambar : beritahavoc.blogspot.com
disalin semula : mynewshub

Wanita Ini Kongsi Pengalaman bersama Berlainan Bangsa di Lif - Melayu Semua Bodoh



Wanita Ini Kongsi Pengalaman bersama Berlainan Bangsa di Lif - Melayu Semua Bodoh

Sekadar perkongsian dan luahan rasa hati.... Beberapa hari lepas, suami saya berdepan dengan satu insiden yang sangat mencabar dan menduga kesabarannya. Ceritanya begini.... En suami baru balik dari kerja...bila lift dah sampai, suami masuk di dalam lift...tetiba nampak satu keluarga yang berlainan bangsa sedang menuju ke lift, dia pun halang pintu dari tertutup, keluarga tersebut masuk (tanpa mengucapkan terima kasih). Satu lagi pasangan lain yg juga berlainan bangsa masuk, dan senyum sambil mengangguk pada suami....


Pasangan pertama bersama anak mereka berpakaian "ballet", usia sekitar 4 atau 5 tahun. Suami senyum melihat anak kecil tersebut dan terus menegur...'Hi... just came back from ballet?" Anak kecil tersebut menjawab, " I don't talk to stranger....espacially Malay". Suami saya terperanjat dan memandang bapa kanak-kanak tersebut.

Beliau hanya memandang siling lift dan diam. Suami saya terus bertanya kepada kanak-kanak tersebut "Why Malay?", jawapannya, " Malay all stupid". Wow!! Suami menoleh kepada bapa kanak2 tersebut, mengharapkan ucapan sorry atau apa2 saja alasan dari bapa kanak2 tersebut tetapi dia terus diam dan hanya pandang siling dan dinding. At last, suami saya dah tak tahan, terus cakap "never mind kid, because Malay all stupid you are allowed to stay at Malaysia but dont worry, new
Malay generation, they are very clever, they might sent u back to your origin country". Saya sendiri tidak setuju dengan kata2 tersebut, tapi suami tiada pilihan kerana kedua ibu bapa kanak2 tersebut terus membisu. Akhirnya ibu kanak2 tersebut bersuara dengan marah" you shoudn't say like that to my daughter!" Kata suami saya " at the first place, u should stop your daughter from saying like that!"


Saya tidak berhajat untuk mewujudkan rasa kurang senang terhadap berlainan bangsa. Apa yang ingin saya tekankan, samada suka atau tidak, Malaysia dihuni oleh pelbagai bangsa. Semuanya rakyat Malaysia. Untuk itu, adalah perlu kita mewujudkan rasa hormat menghormati dan sifat toleransi. Sifat tersebut perlu dididik dari awal.

Cuba bayangkan seandainya setiap dari anak2 kita dididik dengan sifat perkauman dan hanya suka bangsa sendiri. Apa akan jadi kelak? Huru hara negara. Tiada siapa yang akan menang. Yang pasti generasi kelak akan lebih sengsara dan akan sentiasa hidup dalam ketakutan. Saya setuju dengan cakap suami, "Dengan mengajar anak2 begitu, kita hanya meletakkan mereka di dalam situasi yang merbahayakan mereka sendiri. Cuba bayangkan bila mereka berjumpa orang lain dan bercakap perkara yang sama, berkemungkinan besar pergaduhan berlaku, kecederaan dan berkemungkinan besar boleh kehilangan nyawa.

Pada ketika itu, siapa yang perlu kita persalahkan?" Kita hanya ingin hidup aman dan gembira... Alangkah indahnya seandainya kita didik anak2 kita menghormati dan menghayati budaya setiap kaum yang ada. Kita sebenarnya sangat beruntung kerana kita tidak perlu ke luar negara untuk belajar budaya orang, semuanya ada di Malaysia. Seandainya kita belajar menghayati, pasti kita akan nampak keindahan itu....

2 Pemain Bintang Ini Akan Beraksi Kali Terakhir Untuk Musim 2016




2 Pemain Bintang Ini Akan Beraksi Kali Terakhir Untuk Musim 2016


Pesaraan


Kedua-dua pemain dikatakan akan menjadikan tahun 2016 sebagai tahun terakhir untuk mereka beraksi sebelum bersara dari arena bola sepak,dan kedua-dua mereka menyatakan Hasrat mereka untuk beraksi bersama skuad negeri kelahiran mereka sebelum bersara

Gempar : Inilah 3 Pemain JDT Yang Dijangka Berpindah Untuk Musim 2016

Gempar : Inilah 3 Pemain JDT Yang Dijangka Berpindah Untuk Musim 2016





Safee Sali (JDT --> PERAK)




Amri Yahya (JDT --> SELANGOR)




Amirul Hadi (JDT --> PAHANG)

AKIBAT SELFIE SEKSI DAN MENJOLOK MATA, PEREMPUAN INI AKHIRNYA TERPEDAYA DAN ......



Semuanya bermula kira-kira enam bulan lalu, apabila remaja terbabit yang tinggal di Tapah, Perak melarikan diri ke ibu kota selepas diperdaya pasangan kekasih itu. Difahamkan, pasangan kekasih itu hanya mengambil masa sebulan untuk memerangkap remaja mentah terbabit mengikut mereka dengan mengumpan kebebasan hidup di ibu kota.
Sumber berkata, sejak melarikan diri, mangsa tinggal bersama pasangan itu di sebuah rumah kedai di Ampang. Remaja tersebut juga dikatakan suka mengambil gambar selfie seksi yang akhirnya memakan diri.
“Selepas beberapa hari mendiami rumah berkenaan, lelaki terbabit mula menunjukkan belang dengan merogol mangsa.
“Lebih menghairankan apabila kakak angkat yang juga kekasih lelaki terbabit bagaikan merelakan perbuatan itu.
“Malah, wanita berkenaan mampu tersenyum setiap kali menyaksikan kekasihnya itu merogol mangsa,” katanya.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, mangsa menghubungi ahli keluarganya sebelum dijemput pulang ke kampung halaman.Namun, belum sempat sebulan remaja itu tinggal di rumahnya, pasangan kekasih itu datang sebelum melarikan mangsa ke ibu kota.
Sumber berkata, sebaik ke ibu kota, pasangan itu ‘menyembunyikan’ mangsa di sebuah rumah di kawasan Puchong di sini, bagi mengelak ahli keluarga mangsa datang menjemputnya semula.
“Mangsa diperlakukan seperti sebelumnya. Dia terus dinodai berulang kali oleh lelaki terbabit,” katanya. Akibat tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa menghubungi pihak berkuasa sebelum melaporkan kejadian berkenaan.
Mangsa diselamatkan beberapa anggota dari Balai Polis Puchong sebelum dia dihantar ke Balai Polis Tapah, untuk tindakan dan siasatan lanjut. Difahamkan, ahli keluarga mangsa bergegas ke balai polis berkenaan sebaik dimaklumkan dan ketika itulah remaja malang itu memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Sehubungan itu, kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Mengejutkan !! Ini Senarai Artis Wanita Malaysia yang Merokok




Ini Senarai Artis Wanita Malaysia yang Merokok

Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah. tambahan pula, jika wartawan-wartawan media perdana (hiburan) dibarisi oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat. Mungkin diorang (wartawan media perdana-hiburan) ni takut rumah mereka dilempar dengan darah ataupun bangkai 'gajah' pula kot....Hahahahaha....Baiklah mari kita lihat senarai artis wanita Malaysia yang ketagihan rokok.

Di tempat pertama ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap...

Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.


Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah...

Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...



Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.

Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.

Di tempat keenam (6) ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je...


Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. 

Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya.

Namun ada usaha dan percubaan antara mereka ini untuk berhenti merokok. Ada yang telah berjaya. Tahniah diucapkan.

PERBEZAAN ANTARA IKAN KELI HALAL DAN HARAM




Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
· Kepala berbentuk 'V' 
· Bentuk badan mirip torpedo 
· Badan berwarna hitam berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) 
· Kepala berbentuk 'U' 
· Bentuk badan tirus 
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
· Digoreng tidak meletup 

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.