Hantu Kereta Api
Pengantin
dah izinkan share. Just nak bagitahu kat kawasan Gemas lokasi kejadian
penampakan tu dekat dalam gerabak kepala keretapi yang dah lama terbiar.
Sekadar berkongsi je. Saya pon tak perasan gambar yang diambil dari
smartphone ni. Pengantin yang tegur masa nak buat picture profile sebab
masa kat lokasi 4 orang saja dalam kepala keretapi tu. Pembantu saya ada
di belakang. Jadi? Pengantin naik selepas tu. Waktu kejadian ketika
waktu Maghrib hampir tiba..
Penampakan Hantu Berambut Panjang
Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di
ICity, shah Alam. Tiada pula info disertakan bersama gambar ini. Tak
dapat dipastikan adakan amoi sama sibuk nak posing ke atau pun
benar-benar penampakan hantu.
Penampakan Kepala di Tingkap
Penampakan
kepala di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran
KFC. Kepala tersebut boleh dilihat jelas apabila gambar di zoom ke arah
tingkap restoran itu.
Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan
sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari
tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di
bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan
ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.
Hantu Kereta Remuk
Hantu Kereta Remuk
Gambar
ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta
kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar
ke hospital dan
tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar,
telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian
dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.
Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap
Gambar
asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di
tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland
Towers.
Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan
Gambar
ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3
makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan
kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang
pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan
hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang
pokok.
Jelmaan Di Balai Polis Tinggal
Gambar
ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak
oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut
berkenaan gambar ini.
Lembaga Putih Memegang Batu Nisan
Imej
ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar
tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka,
menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi,
sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar
rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas
pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.
Pocong Di Kawasan Kilang
Gambar
ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang
oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya
mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat
merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.
Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada
Gambar
ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej
ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud
Jelmaan Wanita India Dalam Cermin
Gambar
ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak
sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar
tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah
mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak,
Wallahu’alam.
Wanita Kebaya Merah
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Selatan
No comments:
Post a Comment