Perkongsian isteri arwah Harun Salim Bachik, Suriati
Mohd Noor melalui Melodi baru-baru ini cukup meruntun hati dia
menjelaskan perkara sebenar mengenai perjalanan hidup mereka selepas
pemergian pelakon tersebut.
“Kak Su nak ucap terima kasih kepada Afdlin Shauki,
kalau tak kami tak raya hari tu (menahan sebak). Melodi juga. Sekarang
Afdlin tanggung anak-anak sekolah. Terima kasih banyak-banyak, sebab
tolong kami sekeluarga”
“Walau Kak Su tak berapa rapat dengan Afdlin, tapi nak
ucap terima kasih sebab tolong kami. Hanya Allah boleh balas apa yang
dia tolong kami,” jelas Kak Su menahan air mata. Selain itu, dia juga
menjelaskan bahawa suatu produk akan dilahirkan di bawah jenama Harun
Salim Bachik demi meneruskan legasi arwah.
Walaupun arwah sudah tiada, tetapi apa yang Afdlin
lakukan benar-benar membuktikan erti persahabatan yang sebenar.
Perlakuan baik tidak memerlukan pertalian darah daging namun hati yang
ikhlas mampu menyentuh banyak hati. Semoga Kak Su tabah dan sama-samalah
kita doakan agar segalanya dipermudahkan dan sentiasa dilimpahkan
rezeki.
No comments:
Post a Comment