Malang
bagi seorang wanita yang mengidamkan seorang lelaki sebagai kekasihnya,
sebaliknya mengetahui bahawa teman lelakinya itu sebenarnya adalah
wanita.
Detik
hitam itu berlaku kepada seorang wanita di sini setelah mendapati
kekasihnya yang menggunakan nama Kye adalah seorang wanita yang bernama
Gayle Newland, 25.
Lebih
mengejutkan, pembongkaran identiti sebenar 'teman lelakinya' itu
terbongkar selepas mangsa mula merasa curiga ketika melakukan hubungan
seks bersama kekasihnya itu.
Memetik
laporan Telegraph, mangsa mendakwa suspek menggunakan alat sulit palsu
ketika melakukan seks bersamanya, selain meminta wanita tersebut
menggunakan penutup mata untuk mengelak melihat wajahnya.
Menurut
suspek, Gayle dikatakan malu untuk menunjuk muka dan badannnya kerana
terdapat kesan parut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Suspek
memberitahu mahkamah bahawa perkenalan antaranya dengan Gayle bermula
di laman sosial Facebook apabila mereka saling berbalas mesej cinta,
sebelum memutuskan untuk bertemu di sebuah hotel di Manchester,
baru-baru ini.
Ketika
perkenalan di Facebook pada tahun 2011 itu, Gayle memaklumkan kepada
mangsa bahawa dia merupakan seorang 'lelaki' berdarah campuran Filipina
dan Latin.
Dalam
pertemuan pertama itu, pasangan tersebut melakukan seks dan Gayle
mendakwa suaranya tidak seperti lelaki disebabkan keturunannya yang
separuh Filipina.
Bagaimanapun,
helah 'teman lelakinya' itu akhirnya dapat di hidu mangsa selepas
pertemuan kedua di mana suspek nekad membuka penutup matanya ketika
menjalinkan hubungan intim dan mendapati di sebelahnya adalah seorang
wanita.
“Apabila
saya sedang melakukan hubungan seks denganya (Gayle), saya terpegang
bahagian belakang kepalanya dan tangan saya tersangkut pada sesuatu.
"Saya duduk di atas katil dan dia berdiri. Apa yang bermain dalam fikiran saya adalah tarik penutup mata, tarik!.
“Saya menarik penutup mata itu dan melihat Gayle berdiri di depan saya. Saya sangat tidak percaya.
"Gayle
kemudian memegang tangan saya dan mengangkat muka saya ke atas lalu
berkata ia bukan seperti yang awak bayangkan," kata mangsa kepada
mahkamah.
Ketika
perbicaraan mahkamah di Crown Chester, Gayle menafikan melakukan lima
serangan seksual terhadap mangsa antara Februari dan Jun 2013.
No comments:
Post a Comment