Serangan Barat terhadap Islam dengan pelbagai fitnah adalah serangan
langsung kepada pembawa risalah Islam itu, yakni Baginda sallaLlahu
‘alaihi wassalam. Bagi sesiapa yang mengenali akhlak dan peribadi
Baginda yang suci, nescaya segala tohmahan tersebut amat melukakan hati.
Musuh Islam mahu menghapuskan kecintaan umat pada Baginda sallaLlahu
‘alaihi wassalam, mereka mahu menghapuskan nama Muhammad sallaLlahu
‘alaihi wassalam pada dunia moden ini. Gerakan Dajjal mengetahui bahawa
tiada yang boleh menghalang mereka untuk menguasai dunia ini melainkan
pengikut Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Saya tertarik dengan satu
tulisan di blog Ibnu Yaakob yang mengatakan bahawa serangan yang
dilakukan pada Iraq dan Afghanistan bukan atas alasan minyak semata-mata
atau mencari kekayaan. Ini kerana mereka sudah memiliki kekayaan, tapi
yang sebenarnya ialah untuk mencari pengganti Muhammad sallaLlahu
‘alaihi wassalam iaitu Imam al-Mahdi yang amat diyakini berada di negara
tersebut. Sebab itulah banyak serangan tertumpu pada wanita dan
kanak-kanak atau orang awam yang disyaki mempunyai pertalian dengan Imam
Al-Mahdi.
Para pelampau Yahudi tidak akan berputus asa. Walaupun dalam kitab
mereka sudah menyatakan akan lahirnya Muhammad sallaLlahu ‘alaihi
wassalam,Nabi akhir zaman, tetapi mereka akan pastikan Muhammad akhir
zaman adalah daripada keturunan mereka dan membantu mereka menguasai
dunia. Justeru itu mereka telah menghantar pasukan pengintip di segenap
penjuru untuk mencari kanak-kanak yang memiliki ciri-ciri nabi akhir
zaman. Jika bukan di kalangan mereka, ia hendaklah dibunuh. Sejarah
mencatatkan bagaimana Buhaira, seorang pendeta Yahudi yang apabila
melihat Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam ketika mengikuti Abu Talib
dalam rombongan perniagaan ke Syam, beliau menyarankan agar Abu Talib
membawa Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang masih kanak-kanak
itu kembali ke Mekah, kerana dibimbangi akan dibunuh oleh agen Yahudi
apabila menemuinya. Kalaulah di zaman yang tiada teknologi pun mereka
sudah mampu memiliki fakta-fakta bentuk gambaran Nabi ketika kecil untuk
diberi pada agen Yahudi untuk membunuhnya, apatah lagi di zaman ini.
Mereka tahu segalanya telah disusun atur oleh Allah tetapi mereka tetap
berani mahu menentang aturan Allah. Kini mereka tidak mahu tersilap
melepaskan al-Mahdi sedari zaman kanak-kanak lagi, dibimbangi berulang
kembali kealpaan mereka dahulu yang membiarkan Muhammad sallaLlahu
‘alaihi wassalam membesar sehingga akhirnya memusnahkan mereka. Walaupun
di kalangan umat Islam berlakunya pelbagai aliran kepercayaan terhadap
kelahiran Imam al-Mahdi, tetapi bagi Zionis, ia adalah pasti. Ini dapat
dilihat melalui pembongkaran penulisan dan perbincangan mereka terhadap
al-Mahdi. MISTERI KERJASAMA YAHUDI DAN NASRANI Yahudi dan Nasrani pada
sejarahnya bermusuhan sesama mereka.
Amat mustahil untuk mereka bergabung disebabkan tiada
titik pertemuan dalam ajaran kedua agamanya. Justeru apabila mereka
bergabung kini, ia suatu misteri yang mesti dikaji. Berbanding Islam, ia
agama yang mempunyai titik pertemuan dengan kedua ajaran tersebut
dengan memuliakan Nabi Isa a.s dan menyucikan ibunya, Siti Maryam.
Bahkan Islam amat bertoleransi dengan menganjurkan hubungan yang baik
dengan kaum Yahudi dan Nasrani, sehingga boleh memakan sembelihan mereka
dan berkahwin dengan perempuan di kalangan Ahli Kitab. Semua perintah
tersebut terpakai selagi Yahudi dan Nasrani tidak bersama menjadi kawan
sesama mereka. Namun apabila berlaku sebaliknya, Allah memerintahkan
umat Islam menjauhi kaum tersebut sebagaimana firmanNya : “Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi
dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman
rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang
menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari
golongan mereka itu.” (Al-Maidah : 51) Ini disebabkan penggabungan
Yahudi dan Nasrani sebenarnya adalah membentuk satu agama baru yang
sebenarnya menjalankan ritual penyembahan kepada IBLIS atau di
istilahkan sebagai LUCIFER.
Mereka bukan penganut agama Ahli Kitab lagi, bahkan
agama ajaran Dajjal yang telah berjaya mempengaruhi para penganut
kedua-dua ajaran samawi tersebut melalui tipudaya para PENDITA JAHAT
agar meninggalkan agama mereka sejak sekian lama; lalu menyembah dirinya
dan syaitan. Mereka ini asal punca keturunan yang memang memusuhi Allah
SWT. Contohnya keturunan elit istana dari zaman purba Mesir (Firaun)
mengalir dalam darah keturunan kedudukan Diraja di Eropah hari ini. Jika
anda tidak tahu, upacara pertabalan Queen of England yang diamalkan
hari ini sebenarnya adalah lebih kurang sama seperti upacara pertabalan
Firaun sejak beribu tahun dahulu di Mesir. Ia berkaitan alat-alat
kebesaran yang digunakan, juga simbol-simbol Yahudi yang digunakan dalam
upacara pertabalan dan ritual-ritual satanis “kecil” yang diamalkan
semasa pertabalan. Jelas mengapa penyembah Iblis ini memusuhi Islam. Ia
kerana mereka mahu menggulingkan akidah tauhid dan menguasai umat serta
negara Islam secara 100 peratus. Agama-agama lain di dunia pula sudah
berjaya disesatkan secret society penyembah syaitan sejak zaman tamadun
awal lagi. Agama Nasrani berjaya disesatkan konsep ketuhanannya dengan
dimasukkan elemen Triniti (Tuhan Bapa-Anak, Tuhan-Roh Kudus) dengan
perantaraan konco bernama Paulus yang kini dikenali sebagai tokoh
penyebar agama itu. Agama Yahudi Judaism pula berjaya diselewengkan
dengan memecahkan bangsa itu dan memusnahkan teks Kalam Allah (Taurat,
Zabur) melalui penjajahan dan perhambaan di Babylon, Assyria, Rom dan
Greek sehingga bangsa itu hilang identiti Hebrew. Kedatangan Islam untuk
menyampaikan Quran bagi menyempurnakan kitab-kitab yang dimusnahkan
dicemari penulisannya itu menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan
syaitan bertopeng manusia ini (Kultus Syaitan), kerana Islam akan
membawa manusia kembali mengenal Tuhan yang wajib disembah. Agama-agama
lain (bukan daripada perintah Allah) terutama polytheistic yang
menyembah banyak dewa dan patung pula tidak diganggu oleh Illuminati
kerana langsung tidak mengancam perancangan mereka.
Penyembah Allah dan Pendukung setia ajaran Muhammad
sallaLlahu ‘alaihi wassalam yang mulia (para ulama’, para auliya’) kini
di hujani pelbagai fitnah dan serangan istilah; Mereka dituduh sebagai
pengganas, taksub, fundamentalis, pelampau agama, terroris, bapa bid’ah
dan sebagainya. Ia adalah kesan ancaman fitnah pengikut Dajjal (pengikut
syaitan) seperti yang pernah dipesan oleh Nabi kita yang mulia Muhammad
sallaLlahu ‘alaihi wassalam lebih 1400 tahun lalu. Islam yang merupakan
satu-satunya agama Allah yang masih mendokong Tauhid terus ditentang
habis-habisan dan cuba disesatkan, di bida’ahkan sebagaimana
ajaran-ajaran Tauhid terdahulu. Hari ini, penyembah syaitan ini sudah
hampir kepada perancangan terakhir mereka. Pendukung aliran Zionis
berusaha melepaskan semula Dajjal yang bermata satu atau Dewa Horus
(Dewa Mesir Purba) atau One-Eyed Sun God. Bukti perancangan dan agenda
mereka berada di sekeliling kita tanpa semua di kalangan kita sedar.
Golongan Zionis (pengikut Dajjal) ini dibenci oleh Ahli Kitab Yahudi
(Orthodoks) dan Nasrani yang benar, tetapi golongan syaitan ini pandai
berselindung di sebalik wajah agama Yahudi dan Nasrani sehingga
masyarakat dunia tertipu. Yahudi Ortodox tidak pernah bersetuju dengan
gagasan Zionis (rujuk Protokol Zionis) dan lebih menghargai keamanan.
Yahudi Ortodox ini juga pernah disampaikan dakyah Zionis bagi
merealisasikan negara Yahudi Israel melalui agenda Nazi namun mereka
menolak dan kesannya, mereka dibunuh (Peristiwa Holocust).
Mereka dibunuh bahkan diperalatkan untuk mengaburi
serta mendapat simpati dunia agar merestui penubuhan negara Israel yang
wujud hari ini. Manakala Yahudi yang berfahaman Zionis dan Mason pula
dibenarkan hidup untuk merealisasikan penubuhan Israel. Di mana Yahudi
Ortodox ini tinggal hari ini? Mereka tidak tinggal di Israel tetapi
berada di Amerika dan Eropah. Mereka hidup dalam kelompok tersendiri dan
menyisihkan diri daripada kemajuan yang dikecapi dunia hari ini. Mereka
sama seperti golongan Amish (Penganut Kristian Tradisional-
terpinggir). Tetapi tidak bermakna mereka tidak terlibat langsung dalam
agenda Illuminati, mereka dilibatkan sama dan kita umat Islam juga turut
dilibatkan sama tanpa kita sedari. Kita berada di zaman yang berhadapan
dengan serangan ‘Syaitan Besar’ iaitu Dajjal. Rasulullah saw banyak
mengingatkan kita akan Dajjal ini. Segala tokoh dan negara yang
berpengaruh tunduk padanya kerana ia menjanjikan kekuasaan dan kekayaan.
Amerika, Britain dan sekutunya kini dibawah panji-panji Dajjal untuk
menguasai dunia. Seluruh manusia yang mencintai dunia, akan berada di
bawah telunjuknya dan menyembahnya tanpa perlu menukar agama. Orang
Islam, Kristian, Yahudi tetap dengan agama masing-masing, tetapi hati
dan fikiran mereka menyembahnya kerana ia mampu memberi kekayaan,
kehebatan, pengaruh dan kekuasaan. BERSATU SEMARAKKAN PERJUANGAN CINTA
RASULULLAH sallaLlahu ‘alaihi wassalam Segala keimanan yang berada dalam
jiwa umat Islam ditarik perlahan-lahan dengan silaun kebendaan dan
kecanggihan teknologi yang hebat. Jiwa ini perlu dipertahan dengan
diikat sekuatnya dengan kecintaan pada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi
wassalam. Jiwa yang hidup dengan cinta pada Rasulullah sallaLlahu
‘alaihi wassalam akan membuatkan seseorang itu teguh keyakinan pada
ajaran
Baginda berkaitan dengan keTuhanan, ibadah, syariat,
alam barzakh, alam Mahsyar, neraka dan syurga. Jangan kita menyusun
majlis Maulidur Rasul sekadar untuk mengingati Baginda, sallaLlahu
‘alaihi wassalam berarak dan makan minum, tetapi lebih jauh lagi adalah
untuk merapatkan kembali saff Islam dalam mempertahankan diri daripada
kehancuran akidah yang begitu hebat serangannya. Kita wajib bangun di
atas kesatuan hati yang mencintai Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam,
dengan mengamalkan ajaran Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam dan
menyakini bahawa tiada jalan lain mencapai kejayaan dunia dan akhirat
melainkan jalan yang ditunjuki Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam,
tiada jalan lain untuk menjadi mulia dan tiada hina di dunia dan akhirat
melainkan jalan yang ditunjuk Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam,
tiada jalan lain untuk mencapai cinta Allah melainkan dengan mengikuti
Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam
adalah Nur yang didatangkan kepada seluruh manusia di alam yang penuh
kegelapan ini. Sesiapa yang berpaling daripada Nur ini,
mereka akan teraba-teraba dalam kegelapan dan mereka
akan menjadi habuan syaitan dan Dajjal untuk meratah daging, hati dan
tulang serta menjadi teman mereka dalam Neraka nanti. Semoga diharap
pada pembaca laman ini, akan sentiasa menyemarakkan sambutan Maulidur
Rasul di rumah, di pejabat, melalui wadah masing-masing, di kampung
masing-masing dan sebagainya demi untuk sebuah cinta, demi untuk menjaga
akidah diri, keluarga serta masyarakat. Sambutan Maulidur Rasul adalah
amalan yang amat ditekankan seluruh Ulama tradisi Alam Melayu di
nusantara ini. Jangan biarkan amalan ini mati, ini adalah dakwah
kebijaksanaan Ulama Alam Melayu dalam mempertahankan akidah dan ajaran
Islam dengan penuh hikmah dan menepati jiwa orang Melayu. Marilah kita
bersatu hati, satu rasa, satu fikrah, satu aspirasi dalam menghidupkan
cinta pada Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam serta mencintai segala
ilmu dan amalan Ulama Alam Melayu yang alim, soleh dan amat bijaksana.
No comments:
Post a Comment