SAYA sering membaca kisah-kisah yg dipaparkan dalam
ruangan ini yg banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum
wanitalah yg sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan
perbuatan sumbang suami masing-masing.....
>“Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yg
merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan
perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan
apa yg tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yg tahu....
>“Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan
saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing,
perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri.”
Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas
e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya....
>“Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut
tak? Tentu terkejut kan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yg
berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yg
mempunyai pengalaman pahit seperti yg saya lalui, tetapi mereka suka
mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yg sama, tetapi
semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun
berbisa....
>“Jadi hari ini saya luahkan kepada puan,
pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yg kita tak
sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yg saya lalui.....
>“Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya
daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat saygkan
kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas,
sesuatu yg saya idam-idamkan selama ini......
>“Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya
tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh
bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur
semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya
memegang jawatan yg baik juga.....
>“Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi
dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yg baik.
Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yg saya lakukan demi
pelajaran adik-adik saya.....
>“Kerana terlalu saygkan kerja, saya terlupa usia
semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja
saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang
ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi.
Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan
hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu
di kampung.....
>“Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi
saya. Jawatan kerajaan yg dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya
lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati
ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis....
>“Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa
dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang
pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat
hidup saya habis di pejabat.....
>“Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih
bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi
mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yg
boleh dikatakan cantik juga.....
>“Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan
dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun
berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan......
>“Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan
anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun
kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya
menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan
bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya
bertugas.....
>“Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia
gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai
kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama.
Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi
mengeratkan silaturahim antara badan-badan yg sama antara negara
tersebut....
>“Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat
selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya
tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan
ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak
kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling
sayg-menyaygi.....
>“Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang
hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri
diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan
tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat.
Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula
curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan.
Saya cuba siasat sendiri.....
>“Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan
kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah
Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari
itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya,
termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat
rendah.....
>“Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat
mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk
kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak
dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak
sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan.
Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya
berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak,
maruah mereka dan keluarga saya.....
>“Walaupun marah, namun saya beri amaran keras
bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia
menangis meminta ampun.
“Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan
mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya
menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya
seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yg
pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah
sifat buruknya yg sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada
apa-apa.....
>“Namun untuk meyakinkannya saya hubungi
teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka,
ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada
balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin
serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha
besar.....
>“Apa yg menghairankan saya, Hamizan bukan anak
orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu
ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari
dulu sampai sekarang, sembahyg, puasa, termasuk yg sunat, tak pernah
tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya.
Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yg dilakukan adalah untuk
mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yg dilakukan
di luar.....
>“Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak
sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika
itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan
saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan
pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di
rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak
saya. Darah kami berlainan......
>“Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia
tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada
persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan
Hamizan sampai ke tahap ini.....
>“Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian
darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yg
lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui
kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah
Nuraine......
>“Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada
mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di
pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine
menjadi pertanyaan ramai, banyak kali....
>“Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi
saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak
tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap
sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.....
>“Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu
pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka.
Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili
syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat
pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal
anak-anak bahagia.....
>“yg penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yg tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
“Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya
khabar. Anak-anak lebih saygkan saya dan lebih suka berbincang dan
berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih
tidak menceraikan Hamizan.....
>“Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia
nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis
meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha
Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan
Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak
akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi....
>“Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri
tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap
suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya
tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak
menygka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yg saya
curahkan kepada dia disia-siakan.....
>“Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak
membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan
untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging
busuknya,” demikian cerita Zain.....
>Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar
bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik
dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah
bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi
burung yg terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan
jika mempunyai isteri yg curang seperti ini?.......
No comments:
Post a Comment