Setiba perkahwinan sudah pasti ramai yang menginginkan kebahagiaan yang
berpanjangan bersama pasangan apatat lagi kehidupan bersama berkenaan
sudah dikurniakan cahaya mata.
Penceraiaan bukanlah jalan penyelesaiaan jika berlaku masalah di dalam
hubungan kerana seperti diketahui sedangkan lidah lagikan tergigit
inikan pula pasangan suami dan isteri.
Tapi kadangkala juga penceraiaan harus digunakan apabila keadaan sudah
memerlukan takkala jalan lain sudah tidak boleh diguna pakai lagi.
Menerusi laman Facebook, seorang wanita mencaritakan pengalamannya
sepanjang beristerikan seorang Ustaz Kasanova yang mempunyai 13 isteri.
13 isteri? ya, itulah yang diluahkan oleh beliau yang terjerat dengan
Ustaz berkenaan di mana kisah mereka pernah menjadi isu sensasi pada
tahun 2012 dan perkahwinan mereka itu kini sudah pun berakhir.
Ikuti kisahnya, diharap wanita lain berwaspada supaya tidak terperangkap dalam situasi yang sama.
"Macam mana akak
kenal razis? Kalau ustazah pun baleh kena dengan razis apatah lagi kami
orang biasa ni." Antara mesej yg saya trima. Banyak mesej2 lain berbunyi
hal yang sama.
Saya pernah up
tentang perkara ni di status saya 2012. Tapi tak terlalu dalam. Biasa2
je. Oklah, sy cerita...(setiap isteri lain ceritanya***sy bukan lg
isterinya)
(Bagi yg tak nak mengikuti status ni blh scroll je. Tak perlu baca panjang berjela-jela)
Sy kenal Razis
pada tahun 2011. Permulaan perkenalan kerana dia ingin menerbitkan buku
yg sy karang. Katanya, dia dah baca di blog sy dan berminat nak
terbitkan.
Seperti orang
mengantuk disorongkan bantal, sy terima pelawaan tersebut. Jadi, kami
berjumpa di sekolah sy untuk sy berikan soft copy novel sy.
Tak lama selepas
itu, razis dtg beritahu hasrat hatinya utk memperisterikan sy. Sy diam
tak beri jawapan. Kemudian, dia bawa pula mak dia (bukan mak upahan, mmg
mak kandung) pujuk sy. Mak dia layan sy macam puteri. Kata mak dia,
razis tak pernah cerita pd mak dia pasal perempuan dgn sungguh2. Tapi,
mmg razis sungguh2 cerita pasal sy pd mak dia (mak mertua sy juga).
Tambah razis lg, dia mahu sy bimbing mak dia. Mungkin bila perempuan (mak dia) sesama perempuan (sy) maka dakwah lebih mudah.
Tapi, sy masih tak
beri jawapan. Oh ya....sebelum tu, perlu sy beritahu yg sy sangat sibuk
orangnya. Ke sana ke mari bersama sahabt baik sy ke majlis ilmu. Pagi
hingga malam.
Jadi,razis kata tak manis perempuan tanpa mahram lelaki ke sana ke sini meskipun mencari ilmu. Ya...yg itu sy akui.
Sy sangat minat belajar pd saat tu. Sebab tu aktiviti sy penuh dengan menghadiri kelas2 agama.
Dan razis cakap,
jika sy menjadi isterinya, dia akan menemani sy ke majlis ilmu. Bahkan
dia akan masukkan sy ke ipt utk menyambung pengajian sy.
Masa tu sy mula
istikharah. Bg sy, permulaan perkenalan itu kita sudah seharusnya mbuat
istikharah. Bukan bila dah ada perasaan syg.
Sy masih tak dapat
jawapan. Dan sy tak rasa apa2. Hanya, hubungan sy dgn family razis
sangat akrab. Lebih2 lagi dgn mak & adik perempuan razis.
Sy beritahu kpd
ummi. Ummi minta sy bawa razis jumpa ummi. Pertama kali razis dtg jumpa
ummi, razis dah jd Imam di rumah kami. Sebab, kebetulan azan
berkumandang. Satu yg sy puji adalah suaranya yg mmg baik dlm
melantunkan ayat Quran. Sepanjang dia berborak dgn ummi, byk ayat2 Quran
yg dia masukkan.
Kemudian, kami
bertunang. Family dia semua datang. Hantaran sy & dia, dia yg
keluarkan modal. Kira kami mmg tak buat apa2. Mak dia yg carikan cincin
tunang utk sy. Seriously mcm org yg tak pernah ada menantu. Caring sgt
mak dia pd sy. Masa tu, mcm org lain juga. Kita cuba check background
bakal suami, "soal siasat" bakal mertua, family razis sgt memuji razis.
Mereka cerita bersungguh-sungguh kealiman razis. Jadi, macam mana lagi
kami nak siasat? Tak kan nak guna polis pula.
Pernikahan kami
sepatutnya berlangsung sebulan selepas pertunangan. Tapi dipercepatkan
sebab kata razis, jawatan sebagai Imam 1 di Singapor akan dilucutkan.
Alasannya, imam 1 menikahkan org, jd imam 1 juga mesti adalah drpd org
yg berkahwin. (Susah sy nk explain yg ni)
Ummi menolak
dipercepatkan. Mak razis dtg ke rumah sy memujuk ummi. Katanya, nak
sangat sy menjadi menantunya. Tak cukup dengan itu, razis meminta orang
masjid memujuk ummi (kebetulan dia sudah diterima oleh org masjid).
Katanya, sesiapa sahaja yg menolong perkahwinan dia & sy, maka dia
akan bawa pergi umrah. Maka berduyun-duyun org datang rumah utk pujuk
ummi.
Sy masih terus beristikharah...
Akhirnya, ummi terima sebab razis &familynya sgt2 menunjukkan kesungguhan mereka.
Pernikahan sy juga
dihadiri family razis. Semuanya ditanggung razis. Dari kenduri, membeli
gelang emas hadiah pernikahan, hantaran dan semuanya.
Maka, jadilah sy isterinya.
Selepas itu,sy selalu mengikutinya ke majlis2 ilmu yg dia sendiri beri tazkirah.
Sy selalu mengutip derma di jemaah perempuan. Katanya utk Tahfiz, anak yatim dan lain2.
Semuanya baik berjalan lancar.
Tapi, razis sangat
perahsia. Kalau masuk tandas, handphone dia bawa sekali. Pada handphone
nya siap ada password. Tapi, masa tu sy diam je. Takut jd isteri
nusyuz. Taat je perintahnya.
Hinggalah 1 hari,
sy mengikutinya ke kuliah subuh di sebuah masjid. Kepala sy sangat
pening masa tu. Di kegelapan subuh, razis buka torchlight handphone dia
sbg penerang utk dia betulkan serban dia.
Sy kata nak rehat
di kereta sahaja. Sy tertidur. Bangun tiba2 dan melihat razis tiada.
Kedengaran suara razis memberi ceramah di masjid. Sy nak sambung tidur
tapi tiba2 sy nampak cahaya dr torch light hp razis. Niat sy nak matikan
shja supaya bateri hp tak membazir. Entah apa yg sy tekan, tiba2
terbuka mesej masuk razis. Membaca ayat2 manja dlm peti masuk tersebut
menjadikan sy bertambah pening dan lemah.
Menguatkan
semangat utk call no dlm inbox tersebut. Kedengaran suara seorang
perempuan dgn suara manja. Sy xkuat masa tu jadi pengsan sekejap.
Sedar2 razis di
sebelah sy. Sy tanya siapa perempuan tu dan kemudian razis kata, wanita
tu adalah bekas isterinya. Sy sgt terkejut. Bekas isteri? Tapi, sy
maafkan juga razis masa tu. Sy slalu contact wanita tu tnya khabr dia
(kak su).
Nak dijadikan
cerita, selepas tu sy kenal pula dgn wife razis yg lain. Macam nak
kiamat dunia ni sy rasa. Wife yg ni beritahu perangai sebenar razis.
Segala bukti ditunjukkan pd sy. Ketika tu sy sedang mengandungkan
AdaSha.
Barulah sy tahu
penipuan razis dan kak su. Sy minta tolong pd mak razis. Boleh pula mak
dia ckp yg tak nak masuk campur hal rumah tangga sy. Padahal, dia yg nak
sangat sy jd menantunya.
Sy minta petunjuk Allah. Makin banyak penipuan razis di tunjukkan di hadapan mata sy.
Sy tak mampu utk kuat dlm perkahwinan tersebut maka sy minta razis lepaskan sy.
" aku tak kan lepaskan kau hingga bila2." Jawab razis. Rasa lemah teramat.
Maka, sy pergi ke mahkamah dgn menaiki motorsikal. Semangat anak dalam perut menguatkan sy. Sy mohon fasakh.
Dalam tempoh
fasakh, sy fikir yg sy tak mungkin berdiam diri melihat razis terus
melakukan tipu dayanya. Tapi, sy tak boleh buat apa. Hanya petunjuk dr
Allah sy minta.
11 ogos 2012 sy selamat melahirkan kembar sy yg di beri nama rabiatul adawiyah & aisyah humaira.
Saat tu sy sedar
dlm umur sy 22 tahun sy perlu menjadi ibu dan ayah kpd kembar sy. Nurse
di hospital asyik bertanya di mana ayah si kembar? Sy hanya jawab dia
bekerja. Ummi lah yg mengiqamahkan AdaSha. Seriously sy sgt sebak masa
tu.
Rupa-rupanya, saat
sy bertarung nyawa melahirkan AdaSha, razis sdg duduk dengan bahagianya
di pelamin dgn isteri barunya (kesian isteri yg ni juga)
Sy terus berdoa,
minta petunjuk Allah. Dan pd 2012 viral terjadi dgn sendirinya.
Bagaimana? Apabila wife yg terbaru pd masa tu terjumpa gambar nikah sy
dgn razis. Sedangkan pada sijil nikah mereka, status razis adalah
teruna.
Pendekkan cerita, viral sana sini...razis ditahan (yg video dlm u tube)
Sy ingatkan dia dah insaf. Rupa2nya...masih mencari mngsa baru hingga tahun ni.
Sy anggap, Allah
pilih sy utk halang razis dr terus berlaku zalim. Allah pilih sy jd
isterinya supaya sy tak mudah mengalah. Bila sy dh rasa apa yg dirasai
oleh isteri razis sy jadi kuat. Hanya yg menjadi isteri razis tahu kisah
sebenar-benarnya. Bila sy rasa penat dgn semua ni, sy akan bakar
semangt sy dgn menghubungi wife2 dan zuriat razis. Allah bg sy rasa
menjadi mangsanya. Sangat sakit. Sebab tu sy tak nak org lain juga rasa
kesakitan itu.
Sy redha jalan cerita sy. Tapi, sy tak redha atas perbuatan razis. Sungguh sy tak redha.
Sy tak menyesal
pernah menjadi salah seorang isterinya. Sy tahu, jalan cerita Allah itu
tak seperti yg ada pada skrip drama di TV. Mungkin sebelum ni kita tak
nampak hikmah Allah takdirkan begitu. Tapi, percayalah...sampai masa
Allah akan tunjuk hikmah tersebut.
Ini kisah sy.
Bagaimana dgn wife razis yg lain? Bagaimana pula dgn wife razis yg
paling lama dgn razis. Sy dgr cerita mereka pun blh mengalir air mata.
Apa yg sy rasa tak lah sehebat ujian yg Allah timpakan pd mereka.
Sungguh, mereka insan terpilih.
Sama2 kita doakan razis mndapat Hidayah petunjuk.
*Edit*
Penambahn...masa
hakim menjatuhkan fasakh atas sy. Sy tak tahu kenapa sy sgt gembira.
Syukurnya hanya Allah yg tahu. Sebak sgt sampi menangis. Spontan sy
sujud syukur masa tu juga. Malu sy di hadapan hakim, peguam dan org
ramai masa tu dh hilang. Sy sendiri tak sedar sy sujud syukur.
Hingga hakim tanya, nampak sgt puan mmg nak sangat berpisah dgn mohd razis?
Sy jawab, saat
nilah kemerdekaan utk sy. Sedangkan masa tu sy sedar yg sy perlu
mengasuh anak kembar sy sendirian...tp entahlah...sy rasa sgt brsyukur
dpt lepaskn diri dr dia. Terima kasih ya Allah.
No comments:
Post a Comment