Semuanya bermula kira-kira enam bulan lalu, apabila
remaja terbabit yang tinggal di Tapah, Perak melarikan diri ke ibu kota
selepas diperdaya pasangan kekasih itu. Difahamkan, pasangan kekasih itu
hanya mengambil masa sebulan untuk memerangkap remaja mentah terbabit
mengikut mereka dengan mengumpan kebebasan hidup di ibu kota.
Sumber berkata, sejak melarikan diri, mangsa tinggal
bersama pasangan itu di sebuah rumah kedai di Ampang. Remaja tersebut
juga dikatakan suka mengambil gambar selfie seksi yang akhirnya memakan
diri.
“Selepas beberapa hari mendiami rumah berkenaan, lelaki terbabit mula menunjukkan belang dengan merogol mangsa.
“Lebih menghairankan apabila kakak angkat yang juga kekasih lelaki terbabit bagaikan merelakan perbuatan itu.
“Malah, wanita berkenaan mampu tersenyum setiap kali menyaksikan kekasihnya itu merogol mangsa,” katanya.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, mangsa
menghubungi ahli keluarganya sebelum dijemput pulang ke kampung
halaman.Namun, belum sempat sebulan remaja itu tinggal di rumahnya,
pasangan kekasih itu datang sebelum melarikan mangsa ke ibu kota.
Sumber berkata, sebaik ke ibu kota, pasangan itu
‘menyembunyikan’ mangsa di sebuah rumah di kawasan Puchong di sini, bagi
mengelak ahli keluarga mangsa datang menjemputnya semula.
“Mangsa diperlakukan seperti sebelumnya. Dia terus
dinodai berulang kali oleh lelaki terbabit,” katanya. Akibat tidak tahan
dengan perbuatan itu, mangsa menghubungi pihak berkuasa sebelum
melaporkan kejadian berkenaan.
Mangsa diselamatkan beberapa anggota dari Balai Polis
Puchong sebelum dia dihantar ke Balai Polis Tapah, untuk tindakan dan
siasatan lanjut. Difahamkan, ahli keluarga mangsa bergegas ke balai
polis berkenaan sebaik dimaklumkan dan ketika itulah remaja malang itu
memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Sehubungan itu, kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul
Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung
kejadian berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
No comments:
Post a Comment