1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan
ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat
beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah,
pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada
dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda
berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan
masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau
yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi
sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara
romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara
atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan
tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau
perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada
mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah
lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan
mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan
cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang
anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang
pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah
malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa
sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda,
berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan
berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda
dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana
ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang
benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang
kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat
ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi
anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk
memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan
menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan
sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa
ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin
tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini
anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam
nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk
bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada
pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan
seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan
seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada
malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda
sedar bahawa anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan
cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda.
Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda
seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya
kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut
menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang
diamalkan mula memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk,
kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda
dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada
bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi
apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin
yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari
berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan
cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu
bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya
menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda
akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang
munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri
anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan
nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara
faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol,
terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil
ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan
oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak
lelaki.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan
artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang
mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki
atau sebaliknya. Adalah sebaiknya, selain kita jaga solat fardhu sehari
semalam, kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari
gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita
lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon
perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.
No comments:
Post a Comment