Friday 11 September 2015

Jom Tengok Kenapa Wanita Ini Tiba-Tiba Rasa Sentap Dengan TESCO




Jom Tengok Kenapa Wanita Ini Tiba-Tiba Rasa Sentap Dengan TESKO

SEMENYIH - Seorang wanita memuat naik beberapa gambar dan luahan amarahnya di Facebook berikutan penemuan yang mengejutkan di pasar raya Tesco Isnin lalu.


"ini yang berlaku dan saya sendiri lalui. Betapa kita dipermainkan. Memang sentap aku! Bukan nak boikot tau. Aku sendiri beli barang kat situ. Tapi jadi macam ni, apa korang rasa? Sentap ke tak? Siapa-siapa nak viralkan gambar ini, silakan sebab ini perkara sebenar," katanya Sharifah Norzainah Achopa.

Difahamkan, Sharifah berang dengan tindakan Tesco Semenyih yang meletakkan produk makanan tin tidak halal bersama dengan produk makanan halal.

Selain itu juga, beliau juga mengesan air akuarium diletakkan bersebelah dengan produk minuman.

Tindakan Tesco Semenyih ini mengundang persoalan, apakah mereka tidak peka dan sensitif terhadap susun atur produk makanan dan minuman?

Justeru itu, Sharifah menyeru agar orang ramai memboikot pasar raya berkenaan.

"Jom boikot depan ni. Kena bersatu agar mereka terasa kesannya," katanya.

No comments:

Post a Comment